Perhatian kepada pelajar PPG,

Berdasarkan pemerhatian kami terhadap laman sesawang yang telah dimuatnaikkan didapati pembinaannya terlalu perlahan. Oleh itu, cikgu-cikgu diminta supaya lebih proaktif agar tidak timbul masalah pada masa akan datang terutama ketika hendak menghantar tugasan. Jika ada masalah sila hubungi kami atau aturkan perjumpaan mengikut kesesuaian cikgu.

 

Kami sentiasa bersedia membantu.

Selamat Datang Guru-Guru PPG Kohort 2

 

Sinopsis:

Kursus ini merangkumi penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


Pentaksiran

Kursus ini dijalankan secara amali sepenuhnya tanpa kuliah dan tutorial. Oleh itu, penilaian akan dibuat secara menyeluruh dari segi proses penghasilan bahan berasaskan proforma, produk akhir yang dihasilkan, simulasi atau pengajaran mikro dan kerja kursus yang diberikan.

News

Makluman Kepada Guru-Guru PPG Yang Mengikuti Kursus BMM3105: Pengajaran BM Berbantukan Komputer

27/07/2012 05:26
Kelas BMM3105 pada hari Sabtu bersamaan 28.7.2012  jam 8.00-10.00 pagi akan dijalankan di Blok Beringin untuk kelas A,B dan C. Pastikan setiap kumpulan telah mempunyai akaun webnode  dan telah mengorak langkah membina laman web. Sila bawa broadband sendiri. Sila hubungi penyelaras...

Laman Utama

This list is empty.